Tuesday, 10 March 2015

الزواج (PERKAHWINAN) (TINGKATAN 4)

 Pernikahan (الزواج)
  
1. Takrif Nikah : 
i) Dari segi bahasa : Ikatan atau simpulan.
ii) Dari segi istilah Syarak :Akad yang terikat diantara lelaki dan perempuan dengan lafaz tertentu dan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.



       لغة: الاجتماع، والانضمام، والاقتران.     

      شرعا: عقد يربط بين ذكر وأنثى بصيغة معينة وبشروط شرعية محددة.

 2. Dalil yang menunjukkan bahawa perkahwinan itu dituntut oleh syarak adalah seperti berikut :
:- قال تعالى

وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ 

اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ  
Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di kalangan kamu, dan orang-orang yang layak [berkahwin] daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan mengkayakan mereka dengan kurniaanNya. Dan Allah Maha luas [pemberian-Nya] lagi Maha Mengetahui. (surah an-nur 32).
3. Hukum-hukum perkahwinan (أحكام الزواج)  :
 
Hukum
Huraian
Wajib
- Seseorang yang baligh, berakal serta mampu bertanggungjawab dalam hal rumahtangga (Orang yang cukup belanja)
- Jika tidak berkahwin, mereka yakin akan melakukan maksiat kepada Allah (tidak dapat menahan nafsunya).
Haram
- Orang yang yakin tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya dalam perkahwinan dengan sebab sakit atau aib.
Sunat
- Seseorang yang baligh, berakal serta mampu bertanggungjawab dalam hal rumahtangga (Orang yang cukup belanja)
- Jika tidak berkahwin, mereka yakin tidak akan berlaku maksiat kepada Allah (dapat menahan nafsunya).

الشرح
الأحكام
-  الإنسان بالغا عاقلا، له القدرة على تكاليف الزواج
-  أذا لم يتزوج فيؤدي إلى معصية الله يقينا
واجب
-  الإنسان غير قادر على أداء الحقوق الزوجية بسبب المرض أو العيب
حرام
-  الإنسان قادرا على تكاليف الزواج
-  ولكنه إذا لم يتزوج فلا يؤدي إلى معصية الله
مستحب

4. Rukun-rukun nikah : (siswa) / أركان الزواج
1. suami (الزوج)
2. isteri (الزوجة)
3. Saksi (2 orang) (الشاهدان)
4. wali (الولى)
5.Akad / Sihgah (Ijab dan Qabul) (الصيغة)


5. Hikmah perkahwinan /  الحكمة من مشروعية الزواج
1. Perkahwinan adalah ibadah
2. Memelihara keturunan
3. Melahirkan masyarakat yang bersih (soleh & solehah)
4. Memelihara keturunan daripada percampuran
5. Sesungguhnya ia merupakan jalan yang disyariatkan untuk menunaikan nafsu syahwat.

1- أن الزواج عبادة
   2- حفظ النوع الإنساني  
  3- إيجاد مجتمع طاهر نظي
  4- صيانة الأنساب من الإختلاط    
     5- إنه الطريق المشروع لقضاء الشهوة
 

6    شروط عقد الزواج / Syarat akad perkahwinan.
1. Wujud wali ketika perkahwinan
2. Minta izin kepada perempuan sebelum perkahwinan
3. Saksi
4. Sunyi daripada perkara-perkara yang terhalang dari berkahwin
5. Mahar
6. Sihgah (ijab & qabul)

1- وجود ولى المرأة عند الزواج

     2- وجوب استئذان المرأة قبل الزواج
3- الإشهاد على الزواج
           4- خلو الزوجين من الموانع الشرعية للزواج
5- وجوب الصداق للمرأة   
      6- الصيغة، دون فاصل بين الإيجاب والقبول

No comments:

Post a Comment